PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan remaja menaiki basikal lajak di jalan utama mengundang kemarahan orang ramai apabila golongan tersebut menggunakan laluan bersama kenderaan lain sekali gus mengabaikan keselamatan.
Video tersebut dimuat naik seorang pengguna TikTok Ammarlahhh dan kejadian itu berlaku di Kuantan, Pahang pada waktu malam.
“Bila cikgu rotan kata cikgu dera anak. Bila cikgu marah kata cikgu tak relevan. Hakikatnya ibu bapa sendiri membentuk macam mana anaknya dari rumah,” menurut kapsyen video itu.
Ia turut dipersetujui oleh pengguna TikTok yang lain apabila mereka juga marah dengan perbuatan remaja tersebut kerana boleh mengundang kemalangan jalan raya.
“Bayangkan ada lori dan masalah brek, kemudian ‘sapu’ (rempuh) semua,” kata seorang individu.
“Anak-anak ini kadang-kadang perangai depan ibu bapa tak sama dengan perangai di luar. Ada juga ibu bapa terlalu percaya pada anak-anak,” ujar seorang pengguna TikTok.
“Kadang bukan sebab ibu bapa sahaja, tapi pengaruh rakan dia. Pengaruh rakan ni paling susah nak bendung, takkan ibu bapa nak sekat pergaulan anak-anak di rumah saja,” ujar yang lain. – KOSMO! ONLINE