fbpx

Bas langgar SUV kerana parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas merempuh belakang kenderaan kerana berebutkan parkir. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK –  Sebuah bas persiaran dengan sengaja merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) semasa terlibat dalam pertikaian mengenai tempat letak kereta di Pattaya, Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini. 

Kekacauan bermula apabila pemandu e-hailing yang hanya dikenali sebagai O, 35, meletakkan SUV miliknya berhampiran lobi sebuah hotel untuk menurunkan penumpang. 

Kenderaannya secara tidak sengaja menghalang pergerakan bas persiaran bas tersebut. 

Walaupun O dengan cepat mengalihkan keretanya, pemandu bas menjadi berang, melemparkan kata-kata sesat dan cuba untuk berhadapan dengannya secara fizikal sebelum dihalang.

Beberapa saat kemudian, keadaan semakin tegang. 

Pemandu bas yang marah naik semula ke dalam kenderaannya lalu merempuh SUV itu beberapa kali, menyebabkan ia rosak teruk. 

Perbuatan itu yang dirakam seorang pekerja hotel, menunjukkan pemandu bas dengan sengaja melanggar kereta tersebut.

Pemandu SUV dengan segera melaporkan kejadian tersebut kepada polis, manakala pihak berkuasa cuba menjadi orang tengah agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan pertikaian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI