fbpx

Anjung Syawal sedia 300 lot niaga untuk usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bazar Aidilfitri tahun lalu mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung membuat persiapan hari raya. -Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang yang dikenali sebagai Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (Anjung Syawal) 2025 bakal kembali lagi untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.

Bazar yang dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. itu akan mula dibuka kepada umum dengan pelbagai aktiviti dan jualan pada 28 Februari ini hingga ke ambang malam 1 Syawal.

Pengarah Urusan syarikat, Rayme Zainal berkata, FRP yang bertemakan Memori Ramadan, Aspirasi Syawal itu akan menonjolkan dan meraikan kekayaan budaya Melayu serta kesenian Islam yang menjadi tradisi turun temurun masyarakat terutamanya kebudayaan Melayu sama ada di bandar atau di kampung.

“Konsep Anjung Syawal kali ini bukan sahaja bertujuan mengekalkan warisan budaya Melayu tetapi juga memasukkan elemen moden dalam sambutan Ramadan dan Syawal.

 “Ia juga berhasrat untuk menghubungkan warisan budaya dengan inovasi masa kini dalam usaha menarik minat semua golongan masyarakat terutama generasi muda.

 “Sebagai penganjur, kami mahu menerapkan rasa kecintaan terhadap terhadap tradisi dan terus menerus menghargainya walaupun masyarakat kini dilanda arus kemodenan digital serta budaya luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Rayme menerangkan, antara kelainan baharu Anjung Syawal adalah pengenalan segmen Pangkin Seni dan Serambi Santai bagi menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan ­ruang santai untuk pengunjung beristirehat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini kelmarin.

Tambah beliau, bagi mengekalkan tarikan tahun ini, khemah lutsinar dan berlampu akan disediakan di kawasan Anjung Syawal bagi memudahkan pengunjung berbuka puasa.

Tambah beliau, orang ramai juga tidak perlu bimbang kerana lebih 2,000 tapak parkir kende­raan disediakan di sekitar kawasan utama Presint 3, Putrajaya bagi menampung pertambahan jumlah pengunjung.

“Dengan harga bayaran yang rendah, kami berharap kemudahan parkir ini dapat memudahkan urusan pengunjung mencari barangan atau mengikuti aktiviti yang dijadualkan nanti,” ujarnya.

Raymen menerangkan, tapak Anjung Syawal ini juga menjadi pilihan orang ramai setiap tahun kerana ia berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memudahkan mereka menunaikan solat, berjemaah dan juga bersolat tarawih. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI