fbpx

9 dicekup berpesta arak, parti buih di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAINJ menahan sembilan individu beragama Islam selepas didapati positif minum arak dan berpesta buih di sebuah hotel di Taman Perling, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Keseronokan sembilan individu beragama Islam berpesta arak dan parti buih di sebuah hotel di Perling, di sini sempena sambutan tahun baharu malam tadi terbantut selepas diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pemeriksaan dilakukan dalam sebuah cafe di hotel berkenaan selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti tidak bermoral itu.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan pada pukul 11 malam hingga 3 pagi itu melibatkan 11 pegawai dan anggota JAINJ serta enam kakitangan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Katanya, dalam operasi itu, seramai 29 individu beragama Islam diperiksa yang terdiri daripada pekerja dan pengunjung premis tersebut.

“Pemeriksaan mendapati hotel itu menyediakan ruang untuk menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

“Empat lelaki dan lima wanita didapati mabuk. Empat daripada mereka merupakan warga Indonesia, manakala lima lagi rakyat tempatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Fared berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 atas kesalahan minum minuman memabukkan.

Tambahnya, enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah, manakala tiga yang lain dilepaskan dengan jaminan.

“Ops Ambang itu dilakukan di seluruh negeri Johor melibatkan beberapa lokasi tumpuan yang menganjurkan pesta menyambut kedatangan tahun baharu.

“Selain di Johor Bahru, enam tangkapan dilakukan di Kulai dan masing-masing dua tangkapan di Segamat, Kluang dan Kota Tinggi dengan keseluruhan 21 orang ditangkap,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI