fbpx

63 pusat peperiksaan berisiko terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM SMK Dong berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan di SMK Dong di Raub hari ini.

RAUB – Sebanyak 80 pusat peperiksaan alternatif disediakan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir yang boleh menjejaskan pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Amzan Abd. Malek berkata, pusat-pusat peperiksaan alternatif berkenaan disediakan berhampiran kawasan pusat peperiksaan yang berisiko terjejas banjir.

“Pada masa ini kita mengenalpasti 63 pusat peperiksaan berisiko terjejas banjir dan 40 pusat peperiksaan yang berisiko laluan dinaiki air.

“Jadi apa kita buat ialah kita ada 80 pusat alternatif, maknanya kalau berlaku banjir kita ada pusat alternatif ini,”katanya ketika meninjau perjalanan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong di sini hari ini.

Sebanyak 259 pusat peperiksaan di 229 buah sekolah di sediakan di seluruh negeri untuk menempatkan 20,401 calon SPM di Pahang pada tahun ini.

Pada tahun ini seramai 2,792 petugas dalam kalangan guru dan 396 petugas sukarelawan disediakan bagi melancarkan peperiksaan SPM di negeri ini.

Menurutnya selain itu pihaknya juga bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan untuk membawa calon dan petugas sekiranya laluan dinaiki air.

Katanya, selain itu, seramai 334 guru bimbingan kaunseling juga bersedia untuk menjalankan tugas sekiranya berlaku banjir dan sebagainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI