fbpx

4 pengunjung konsert Pinkfish maut ambil pil ekstasi, dua masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

SUBANG JAYA – Dua lelaki dan dua wanita tempatan yang maut selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway, di sini malam ambang tahun baharu Selasa lalu disyaki positif dadah jenis ekstasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya membuka empat kertas siasatan bagi mengenal pasti sekiranya wujud unsur jenayah atau keracunan.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Sehingga kini, seramai enam saksi sudah dirakam keterangan. Kita juga akan memanggil penganjur konsert dan rakan-rakan si mati untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kesemua mangsa dipercayai mengambil pil ekstasi ketika menghadiri konsert tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan toksikologi untuk mengesahkan punca kematian keempat-empat mangsa tersebut yang berusia 20 hingga 40 tahun.

“Dalam kejadian sama, dua mangsa lain masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala seorang lagi sudah dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau mana-mana balai polis berhampiran.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI