fbpx

20,401 calon SPM duduki peperiksaan di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK AMZAN memberikan nasihat dan kata semangat kepada 85 orang calon SPM di SMK Dong di Raub.

RAUB – Seramai 20,401 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mula menduduki peperiksaan bertulis di negeri Pahang bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Amzan Abd. Malek berkata, kesemua pelajar berkenaan yang menduduki peperiksaan bertulis di 259 pusat peperiksaan di 229 sekolah bermula hari ini hingga 6 Februari depan.

“Calon yang terlibat merangkumi 17,282 calon Kementerian Pelajaran Malaysia, 822 calon Maktab Rendah Sains Mara, 1,198 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 225 calon swasta, 751 calon persendirian dan 123 calon sekolah agama rakyat.

“Daripada jumlah itu terdapat 134 calon berkeperluan khas dan terdapat empat calon yang menduduki peperiksaan di hospital,”katanya ketika meninjau perjalanan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong di sini hari ini.

Katanya calon terdiri daripada pelbagai kaum termasuk 598 calon Orang Asli yang menduduki peperiksaan di seluruh negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI