fbpx

19,255 calon SPM di P. Pinang, enam duduki di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon-calon SPM dari SMK Pondok Upeh beratur ketika memasuki ke Dewan Khawarizmi, pagi tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

BALIK PULAU – Seramai enam daripada 19,255 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan di hospital hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, persiapan rapi telah dilakukan bagi memastikan kelancaran peperiksaan SPM termasuk kerjasama dengan pihak hospital untuk mengurus calon yang perlu menduduki peperiksaan di hospital.

“Sehingga kini, enam calon dilaporkan mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan atau masalah kesihatan,” katanya ketika melawat calon-calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh.

Menurutnya, seramai 1,738 petugas peperiksaan telah dilantik untuk memastikan pengendalian peperiksaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagi Pulau Pinang terdapat 155 pusat peperiksaan yang melibatkan 139 sekolah dan 16 hospital serta 4 pusat tahanan. Tiada calon yang mengambil peperiksaan di pusat tahanan.

“Setakat ini, semua berjalan lancar tanpa sebarang isu besar. Kita bersyukur kerana Pulau Pinang tidak terjejas dengan bencana seperti banjir, dan komitmen semua pihak membantu melancarkan pengurusan peperiksaan amat dihargai,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI