KUALA TERENGGANU – Seramai 18,612 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mula menduduki ujian bertulis kertas Bahasa Melayu di seluruh Terengganu hari ini.
Pengarah Pendidikan, Jelani Sulong berkata, ia merangkumi 108 calon berkeperluan khas (CBK), hospital (enam), integriti (dua) dan Tunas Bakti (satu).
“Seramai 5,436 pengawas peperiksaan bertugas sepanjang SPM bermula hari ini hingga 6 Februari depan di 172 pusat seluruh Terengganu.
“Kita bersyukur setakat ini tiada pusat pemeriksaan ditutup akibat banjir,” katanya selepas meninjau perjalanan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE