fbpx

Banjir: 133 pusat peperiksaan alternatif di 6 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMAN (tengah) meninjau persediaan akhir pelajar SMK Tinggi Batu Pahat sebelum memasuki dewan peperiksaan hari ini.

BATU PAHAT – Sebanyak 133 pusat peperiksaan alternatif disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya berlaku banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, langkah tersebut merupakan antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko dapat menduduki peperiksaan berkenaan.

Katanya, sekiranya berlaku banjir, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan mengaktifkan Ops Payung bagi membantu calon dan juga petugas peperiksaan yang terkesan.

“KPM akan pastikan calon-calon SPM ditempatkan di sekolah yang mempunyai asrama sebagai mekanisme sekiranya banjir berlaku sebagaimana yang dibuat semasa ujian lisan tempoh hari,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI