fbpx

1 maut, 7 cedera ‘Cybertruck Tesla’ meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan Cybertruck Tesla meletup di hadapan hotel Trump. - Foto Getty Images

WASHINGTON – Seorang maut dan tujuh yang lain cedera apabila sebuah kenderaan Cybertruck Tesla meletup di hadapan bangunan Trump International Hotel Las Vegas semalam, lapor laman berita Fox News.

Jabatan Polis Las Vegas sedang menyiasat sama ada kejadian itu merupakan perbuatan keganasan.

Menurut kenyataan media jabatan polis Las Vegas , kebakaran kenderaan itu berlaku di pintu masuk hotel.

Timbalan Ketua Jabatan Bomba Daerah Clark, Thomas Touchstone berkata, anggota bomba dan polis menuju ke tempat kejadian kira-kira empat minit selepas menerima laporan tentang kejadian tersebut.

Dia juga berkata, seorang maut di dalam kenderaan itu dengan tujuh lagi mengalami cedera ringan, dua daripada mereka dihantar ke hospital.

Kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya dan menurut Ketua Jabatan Polis Las Vegas, Kevin McMahill, tempat kejadian itu kini adalah selamat.

McMahill berkata, jabatan itu menyedari kejadian yang berlaku di New Orleans awal pagi semalam di mana seorang lelaki memandu trak pikap dengan bendera Daesh di Bourbon Street, membunuh 10 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menulis di platform X miliknya: “Kami kini mengesahkan bahawa letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar dan/atau bom yang dibawa trak siber yang disewa itu. .

“Seluruh pasukan kanan Tesla sedang menyiasat perkara ini sekarang.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI