fbpx

Sudah tiba masa saya kembali – Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL mengakui dia semakin hampir untuk kembali mendapatkan sentuhan terbaik.

GEORGE TOWN – Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim menyifatkan yang dirinya kini sudahpun bersedia sepenuhnya beraksi di padang dan perlu menggandakan usaha lebih keras untuk mendapatkan kembali sentuhannya yang berbisa.

Faisal berkata, dia kini hanya memerlukan sedikit masa dan ruang untuknya memperbaiki kelemahan dan percaya semuanya akan berubah menjadi yang terbaik.

“Sekarang sudah sampai waktu untuk saya kembali. Bagi masa dan ruang untuk saya perbetulkan apa-apa yang ‘karat’ sikit.

“Sekarang sudah 100 peratus bersedia. Saya sudah bermain macam normal, sudah bermain 90 minit.

“Cuma saya nak cari lagi sentuhan-sentuhan yang berbisa seperti jaringan, ‘dribble’ (kawalan bola) dan ‘speed’ (kepantasan) saya seperti sebelum ini,” katanya.

FAISAL menghadiri Kejohanan Bola Sepak Permatang Pauh Madani Bawah 12 Tahun anjuran Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah sehingga perlu menjalani empat pembedahan.

Mengulas lanjut, Faisal yang lebih mesra dipanggil Mickey memberitahu, dia tidak mengharapkan untuk kembali bersama Skuad Harimau Malaya, namun tidak menolak sekiranya diberi peluang.

“Fikiran saya mudah sahaja, kalau saya bagus…orang ambil lah. Kalau saya tak bagus, ketepikan saya.

“Saya ada kelab saya dan saya boleh usaha untuk kelab. Saya boleh buat yang terbaik untuk kelab saya.

“Tidak tahu lagi (khabar angin beraksi semula untuk skuad kebangsaan). Sudah setahun saya tidak dapat call up dengan kecederaan yang saya alami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI