fbpx

[VIDEO] ‘Air mata mengalir lihat Kaabah depan mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 65 anak muda selepas menyempurnakan tawaf mengelilingi Kaabah di Mekah, semalam.

MEKAH – “Air mata saya mengalir sebaik melihat Kaabah, hati rasa sayu bila mengenangkan diri ini dan rakan-rakan terpilih mengerjakan umrah”.

Demikian kata Nur Ain Syuhada Kamaruzali, 26, salah seorang peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang ditaja syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia).

Dia merupakan antara 65 peserta program tersebut yang berangkat ke Mekah kelmarin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Nur Ain Syuhada, dia bagaikan hilang kata-kata apabila dapat melihat Kaabah di hadapan mata dan terus mengalirkan air mata.

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menunaikan umrah, macam tidak percaya saya terpilih untuk berada di sini.

“Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan lain selesai menunaikan umrah buat pertama kali hari ini. Insya-Allah esok dan lusa kami akan mengerjakan umrah buat kali kedua dan ketiga,” katanya.

Katanya, dia mengambil kesempatan itu untuk menunaikan umrah dengan sebaik-baiknya serta berdoa dengan sepenuh hati.

“Saya juga mohon doa agar ahli keluarga dan rakan-rakan termasuk seorang rakan, Ain Zulfa untuk dijemput Allah untuk menunaikan umrah selepas ini.

“Rakan saya, Ain Zulfa merupakan ‘mastermind’ untuk kami menyertai program ini, namun atas sebab tertentu dia tidak dapat menyertai program tersebut,” ujarnya.

Seorang lagi peserta, Wan Noraisyah Ramizah Razali, 30, berkata, dia juga tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir sebaik melihat Kaabah.

“Saya memang teringin sangat dan tengok Kaabah kerana selama ini hanya melihatnya menerusi televisyen dan gambar-gambar, memang bersyukur sangat Allah pilih,” katanya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Katanya, dia bersyukur kerana selesai mengerjakan umrah buat pertama kali semalam.

Andalusia berbesar hati menawarkan tajaan pakej umrah itu kepada 200 anak muda jati Kelantan melalui urusetia program, Masjid Imanul Faizin, Melor dengan 65 daripadanya iaitu 36 lelaki dan 29 perempuan adalah kumpulan pertama mengerjakan ibadah tersebut.

Syarat penyertaan program berkenaan adalah lulus solat berjemaah di Masjid Imanul Faizin selama 30 hari tanpa gagal atau 90 waktu bagi waktu solat maghrib, isyak dan subuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI