fbpx

‘Tak perlu bermusuh, hubungan dengan Syamsul baik-baik sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRA Kazar mengakui belum terdetik untuk mencari pengganti sebaliknya mahu menikmati hidup bahagia bersama keluarga dan insan terdekat.

PETALING JAYA – Enggan terburu-buru, penyanyi Ira Kazar mengakui hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti selepas bercerai dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata, buat masa ini dia hanya mahu memberi tumpuan terhadap keluarga dan insan terdekat.

“Terlalu awal untuk cakap fasal pengganti sebab saya tak pernah terfikir pun. Lebih kepada nak seronok dengan keluarga dan kawan.

“Insya-Allah akan terbuka hati kelak tetapi buat masa sekarang masih tertutup,” katanya kepada Kosmo! Online.

Akui anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu, hubungannya dengan bekas suami masih kekal baik walaupun mereka sudah berpisah.

“Hubungan saya dengan Syamsul okey dan baik-baik sahaja walaupun kami tidak lagi bersama.

“Bagi saya, tak perlu bermusuh dengan bekas suami sebab dia pernah menjadi teman hidup kita. Jadi untuk apa nak bermasam muka,” jelasnya.

Ditanya mengenai kegagalan mempertahankan rumah tangga, Ira akui terkesan namun melihat secara positif atas segala yang terjadi.

“Nak kata kecewa tak jaga hubungan perkahwinan, ada juga sedikit cuma semua yang terjadi sudah disusun untuk setiap insan.

“Meskipun kita tak nak jadi begitu (cerai), perjalanan memang sudah ke arah itu, saya ikut sahaja apa Allah bagi.

“Saya turut pandang ke arah kebaikan. Kadang-kadang terfikir juga kenapa tetapi kalau asyik mempersoalkan ibaratnya macam kita persoalkan kerja Tuhan,” tuturnya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dilakukan Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Susulan pernikahan tersebut, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul memfailkan perceraian sebelum mereka berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI