fbpx

Tahanan kes dadah meninggal dunia dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Pengkalan Chepa yang terletak di dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Seorang penganggur yang merupakan suspek yang dicekup selepas dipercayai terlibat kes dadah meninggal dunia semasa berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, lelaki yang berusia 45 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa kira-kira pukul 7.40 pagi.

Menurutnya, suspek yang mempunyai beberapa rekod lampau sebelum ini ditangkap kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Khamis lalu selepas dipercayai dengan kes penyalahgunaan dadah.

“Lelaki itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Jumaat lalu diperintahkan untuk menjalani tahanan reman selama empat hari bermula hari tersebut. Bagaimanapun, anggota bertugas mendapati lelaki terbabit tidak sedarkan diri pada pukul 7 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, suspek disahkan meninggal dunia di dalam lokap berkenaan kira-kira 40 minit kemudian.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan sehingga polis menerima laporan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI