fbpx

Serie A: Fonseca akhirnya tanggung padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FONSECA (dua dari kiri) dipecat oleh Milan selepas pasukan itu sekadar meraih keputusan seri menentang Roma awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Pengendali AC Milan, Paulo Fonseca mengesahkan dirinya sudah dipecat susulan gagal membantu pasukan melakar kemenangan selepas seri 1-1 bertemu AS Roma pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium San Siro itu, skuad Rossoneri meraih gol menerusi ledakan Tijjani Reijnders, manakala pasukan pelawat berjaya mencuri mata berharga selepas Paulo Dybala menyamakan kedudukan.

Fonseca mengesahkan statusnya tidak lagi bergelar ketua jurulatih selepas diberitahu oleh pengurusan tertinggi sejurus perlawanan berakhir.

“Saya tidak lagi bersama Milan. Namun, saya tidak menyesal kerana tahu sudah melakukan yang terbaik sepanjang berada di sini,” katanya.

Difahamkan, Milan bakal mendapat sentuhan bekas pengendali Porto, Sergio Conceicao yang akan memulakan tugas apabila diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Sementara itu, pemain tengah Milan, Ismael Bennacer berharap rakan-rakan turut memikul tanggungjawab yang sama dalam usaha memulihkan semula reputasi pasukan yang gagal beraksi konsisten musim ini.

“Saya rasa barisan tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi lebih baik sekiranya kita turut mengambil tanggungjawab untuk memastikan pasukan kembali berada di landasan kemenangan selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN