PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Nur Fazura mengundang perhatian ramai apabila menggelarnya dirinya sebagai ‘Cik Fazura’ dan bukan lagi puan selepas kembali hidup solo.
Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia terhibur melihat gelagat segelintir peminat yang masing memanggilnya dengan gelaran Puan.
“Oh, saya bukan puan, saya cik. Cik Fazura. Salah pula kan?
“Semalam saya pergi ke sebuah restoran, kemudian pelayan tanya ‘apa khabar Puan Fazura?’
“Saya pun jawab, ‘saya cik, dan dia pun ketawa.Kadang-kadang benda kecil yang kita buat lawak akan buat orang lain gembira, jadi kita pun akan gembira juga,” selorohnya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Sementara dalam ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur dan meminta orang ramai tidak mengambil serius dengan gurauan tersebut.
Malah, ada yang berpendapat bintang filem Gol & Gincu itu semakin kelakar dan tenang selepas bercerai talak satu dengan bekas suami, Fattah Amin pada 13 September lalu.
“Dia buat lawak sahajalah, jangan ambil serius.
“Memang makin kelakar sekarang tetapi apa salahnya kalau panggil Cik Fazura pun?
“Fazura bergurau sahaja. Orang lain pula yang tersakiti, tenang semua,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE