PETALING JAYA – Para peminat peninju popular Muay Thai negara, Johan Ghazali menjadi tidak keruan sejurus tersebar gambarnya bersama seorang gadis berbaju merah, di ibu negara baru-baru ini.
Rata-rata peminatnya membuat andaian bahawa gadis itu merupakan teman istimewa Johan yang mesra disapa Jojo.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok dipercayai milik Jojo, kesahihan hubungan mereka semakin rancak diperkatakan apabila hantaran itu turut ‘menyebut’ nama gadis berkenaan yang dikenali sebagai Queenna Khan.
“Buang stres sikit @Queenna Khan,” tulisnya ringkas.
Ada dalam kalangan pengikutnya mendedahkan rasa kecewa jika benar Jojo sudah mempunyai kekasih, namun ada juga yang merestui.
“Dua-dua comel, sesuai betul,” puji @sya.
“Tapi ‘cun’ kau dengan Quenna Khan,” komen seorang pengguna.
“‘Kantoi’ satu Malaysia merajuk ngan Jojo,” ujar @fly.
“Dah, jom nangis di bucu katil!,” seloroh seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE