fbpx

Rakyat Perlis cuti peristiwa sambut Tahun Baharu 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa bersempena sambutan Tahun Baharu 2025 yang jatuh pada 1 Rejab, bulan mulia dalam kalendar Islam.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, cuti tersebut mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025.

“Rejab adalah bulan penuh berkah dan antara empat bulan haram dalam Islam. Dengan perkenan Tuanku, saya mengisytiharkan 1 Januari bersamaan 1 Rejab sebagai cuti peristiwa bagi seluruh negeri Perlis,” katanya menerusi laman sosial Facebook di sini hari ini.

Mohd. Shukri turut menyeru rakyat Perlis untuk hadir memeriahkan karnival sambutan tahun baharu di Dewan 2020 malam ini. Beliau berharap acara tersebut dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Perlis sebelum ini merupakan antara negeri yang tidak menjadikan 1 Januari sebagai cuti umum sejajar dengan dasar negeri seperti Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI