SEREMBAN – Seorang pengurus logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik Seremban di sini hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk Sabtu lalu.
Tertuduh, A. Subramaniam 47, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang memandu Ford Ranger telah memandu dalam keadaan yang tidak normal dan didapati tidak mempunyai keupayaan fizikal untuk memandu kenderaan itu dalam keadaan yang mabuk kerana dipengaruhi alkohol.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Kayu Ara pada pukul 10.46 malam, 28 Disember lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan untuk sebutan semula kes pada 23 Januari ini. – KOSMO! ONLINE