fbpx

Padah mahu cepat diperiksa di Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lori yang disita dalam Op Mengejut JPJ.

SHAH ALAM – Mahu cepat dan segera kembali ‘beraksi’ di jalan raya meskipun tiada cukai jalan antara alasan lapuk dikesan dalam Op Mengejut di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sekitar Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan berkata, pemeriksaan turut mendapati lori tersebut tidak membuat permit perjalanan sementara daripada JPJ untuk pergerakan di atas jalan raya.

Katanya, ini seterusnya menjadi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu lori memberi alasan mahu cepat meskipun mengetahui kenderaan itu tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans.

“Sepanjang operasi itu, kita berjaya menyita tiga buah kenderaan,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, sebanyak 597 kenderaan telah diperiksa dengan 120 notis saman dikeluarkan selain 21 notis larangan penggunaan kenderaan serta 29 notis arah periksa kepada para pemilik kenderaan.

Tambah Azrin, antara kesalahan lain yang dikesan adalah tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta lesen kenderaan barangan (GDL), masalah tayar, cermin gelap dan teknikal.

“Tindakan operasi akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa mematuhi standard yang ditetapkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI