fbpx

‘Orang gomen’ jaga-jaga, salah cakap badan binasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Semua pegawai awam perlu berkelakuan baik dan menghindari daripada membuat pernyataan awam yang boleh memberikan implikasi kepada nama baik perkhidmatan awam dan kerajaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan di media sosial berkata, pegawai awam juga tidak boleh bertindak atau terlibat menyebarkan berita palsu, membuat tohmahan atau fitnah melibatkan pegawai awam lain.

Poster berhubung larangan membuat kenyataan awam dimuat naik di laman Facebook KKM hari ini.

“Ini jelas diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” kata KKM hari ini.

Terdahulu, KKM dalam hantaran berasingan memetik peringatan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berhubung perkara itu melalui Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.

Menurut KKM, Ketua Setiausaha Negara mengingatkan semua pegawai awam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awam kecuali yang diberikan kuasa atau mandat untuk berbuat demikian bagi pihak kementerian atau jabatan.

“Sekiranya terdapat kesalahan atau pelanggaran terhadap peraturan yang sedang berkuatkuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai awam terlibat,” kata KKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI