fbpx

MotoGP: Vinales dakwa kedegilan rugikan Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES akan menyertai pasukan Tech3 KTM pada musim 2025 dengan memiliki jentera sokongan penuh dari KTM. - AFP

MADRID – Maverick Vinales percaya dia sepatutnya sudah menjulang gelaran juara dunia MotoGP sekiranya Yamaha tidak mengabaikan cadangannya sewaktu mereka bekerjasama.

Pelumba Sepanyol tersebut mendedahkan perkara tersebut kepada platform penstriman sukan terkenal dari Sepanyol, Dazn dengan menceritakan bagaimana pasukan gergasi dari Jepun itu tidak mengendahkan permintaannya untuk tidak mengubah jentera YZR-M1.

Vinales mengakui dia menuntut perkara tersebut kepada Yamaha selepas prestasi cemerlang pada permulaan musim 2017.

“Saya sertai Yamaha dengan matlamat yang jelas kerana saya mahu jadi juara dunia. Ketika saya menguji jentera Yamaha di Valencia, saya jatuh cinta dengannya. Saya memohon mereka jangan mengubah jentera itu.

“Tetapi, apabila tiba di Sepang, jentera itu sudah berbeza. Ketika itu, saya masih memenangi tiga perlumbaan awal musim, tetapi selepas itu, perubahan yang mereka buat tidak masuk akal,” katanya.

Pada musim 2017, Vinales menamatkan musim di tangga ketiga keseluruhan di belakang Marc Marquez (Honda) dan Andrea Dovizioso (Ducati), walaupun memulakan musim dengan kemenangan di Qatar, Argentina, dan Le Mans.

Selepas perpisahan yang tegang dengan Yamaha pada pertengahan musim 2021, Vinales menyertai Aprilia dan berjaya meraih kemenangan pertamanya bersama pasukan itu di GP Americas tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI