fbpx

Mayat terapung dalam kolam di Dataran Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat yang ditermui terapung di dalam sebuah kolam takungan air di Dataran Seremban hari ini.

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sebuah kolam takungan air di Dataran Seremban berdekatan sebuah hotel di Jalan Dato’ Bandar Tunggal di sini hari ini.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd, Nafi Wahid berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.22 pagi dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan daripada kolam tersebut menggunakan tali, bagaimanapun identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nafi, mayat seterusnya diserahkan kepada pihak forensik polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan penemuan mayat tersebut yang dijumpai tanpa pengenalan diri.

“Pemeriksaan Pegawai Penyiasat pada tubuh badan mangsa telah menggelembung dan berair. Pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban mengesahkan kematian mangsa diangdarkan lebih dari 24 jam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini siasatan kes tidak menjurus kepada unsur jenayah sehingga bedah siasat selesai dilakukan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI