fbpx

Mangsa banjir di Kelantan tinggal 23 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan limpahan air Sungai Golok di sekitar kawasan Rantau Panjang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seramai 23 orang mangsa banjir masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang, Pasir Mas dekat sini susulan limpahan air Sungai Golok sejak beberapa hari lalu.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa yang terdiri daripada tujuh buah keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh di sini.

Menurutnya, enam buah PPS yang sebelum ini menempatkan seramai 417 mangsa di Tanah Merah ditutup sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan bahaya iaitu 10.2 meter (m) iaitu melebihi paras 9 m meskipun tiada hujan melanda kawasan Pasir Mas sejak malam kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI