fbpx

Malaysia sedia pimpin ASEAN tahun hadapan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, landskap global yang semakin kompleks menuntut ASEAN melakar peranan baharu untuk memastikan rantau ini terus relevan dan makmur.

“Ini ternyata menjadi tugas besar Malaysia tatkala memimpin ASEAN tahun ini dengan mengangkat tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

“Yakni membawa seluruh kekuatan yang ada, seluruh pasukan yang ada sebagai satu kesatuan dan menjamin supaya pembangunan ini terus mampan dan mengambil kira mengurangkan jurang perbedaan dan menangani permasalahan
yang dihadapi oleh kelompok yang tersisih atau miskin atau terpinggir.

“Jadi inilah maksud kita supaya ASEAN menikmati dan berkongsi limpahan kemakmuran secara adil tanpa ada kelompok atau wilayah yang disisihkan,” katanya pada amanat tahun baharu 2025 malam ini.

Menurut Anwar untuk mencapai matlamat tersebut, kita perlu mengamalkan prinsip ‘striving for excellence’.

“Maknanya berusaha mencari jalan dan kaedah supaya mencatat kecemerlangan, mengukuh perpaduan di dalam negara kita dahulu, sebab sebelum kita melangkau ke rantau dan ke pasaran antarabangsa negara harus teratur dengan baik,
tatakelola mesti dimantapkan, ketirisan dan rasuah mesti dibanteras.

“Barulah kita akan perolehi penghormatan sebagai satu negara yang berdaulat, merdeka dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan, cabaran seperti konflik di Gaza dan isu penindasan global memerlukan tindakan serantau yang lebih tersusun.

“Inilah penghormatan yang besar untuk negara dan peluang untuk membina lembaran baru dalam agenda serantau dan global yang terus mencabar.

“Selain beberapa isu pokok seperti pembantaian, kezaliman, penindasan, penjajahan di Gaza dan beberapa kawasan yang mencabar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI