fbpx

Majlis Perbandaran Kulai kutip hasil RM186.32 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAHAMI (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Sahabat Perbandaran MPKu di dalam Majlis Perasmian Pengiktirafan Sahabat Perbandaran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Kulai hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) merekodkan pencapaian terimaan hasil tertinggi dengan mencatatkan sebanyak RM186.32 juta pada tahun ini.

Yang Dipertua MPKu, Mohd. Fahmi Salam berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 31 peratus daripada anggaran sasaran sebanyak RM141.3 juta.

“Ia merupakan rekod tertinggi terimaan hasil yang diterima oleh pihak MPKu berbanding hasil terimaan pada tahun lalu sebanyak RM161.9 juta.

“Pengiktirafan dan pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat dari semua pihak termasuk ahli majlis, agensi kerajaan, pihak swasta, pimpinan tempatan serta masyarakat setempat,” katanya pada Mesyuarat Penuh MPKu, di sini hari ini.

Mohd. Fahmi turut berkesempatan melancarkan akhbar pertama MPKu dan Inisiatif Transformasi Pendigitalan Cukai Harta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI