fbpx

Lembu hanyut banjir dijadikan tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu yang hanyut ditemukan di lokasi kira-kira 20 kilometer. - Istimewa

JAKARTA – Nasib sebuah keluarga di Jember, wilayah Jawa Timur bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila seekor lembu milik mereka yang dihanyutkan air banjir baru-baru ini dijadikan ‘tebusan’ oleh individu yang menemuinya, lapor laman berita Warta Banjar.

Individu berkenaan yang menemui lembu pada jarak sekitar 15 hingga 20 kilometer itu meminta wang tebusan sebanyak 10 juta rupiah (RM2,800) sekiranya pemiliknya mahu haiwan tersebut dikembalikan.

Lembu tersebut sebelum itu hanyut dari Kampung Sanenrejo setelah terlepas daripada ikatannya dan dihanyutkan air banjir.

Ketika pemilik cuba menangkapnya, ia bertindak agresif, menyebabkan lembu itu dihanyutkan air banjir dan terhumban ke dalam sebatang sungai.

Setelah beberapa hari, ia ditemukan seorang penduduk Kampung Wonoasri iaitu pada jarak 15 hingga 20 kilometer dari kampung asalnya.

Individu berkenaan meminta wang tebusan sebanyak 10 juta rupiah sebelum jumlah itu dikurangkan kepada 5 juta rupiah (RM1,400) selepas berunding.

Kejadian itu menjadi perhatian ramai dengan rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan individu terbabit yang mengambil kesempatan pada keluarga yang kurang berkemampuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI