fbpx

Lebur RM252,150 diperdaya tender jubah konvokesyen tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga berusia 467 tahun kerugian RM252,150 selepas ditipu sindiket yang menawarkan tender yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, wanita berusia 47 tahun itu dihubungi suspek pada 23 Disember lalu yang menawarkan peluang menjadi vendor pembekal jubah konvokesyen dan pakaian seragam untuk sebuah kampus cawangan sebuah universiti di negeri ini.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang wanita memujuk mangsa supaya berhubung dengan anggota sindiket lain yang kononnya pembekal vendor terdahulu bagi mendapatkan bekalan pakaian tersebut.

“Peniaga wanita itu kemudian bersetuju untuk menerima tender berkenaan setelah melihat sebut harga yang diberikan.

“Dia telah membuat lima transaksi bayaran ke lima akaun berbeza bagi pembelian barangan menggunakan wang syarikat berjumlah RM252,150,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, wanita berkenaan menyedari ditipu selepas membuat semakan dengan pihak berkaitan selepas itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI