fbpx

Karikatur: Fahmi Reza ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PENAMPANG – Aktivis yang juga pereka grafik, Fahmi Reza ditahan bagi membantu siasatan susulan 30 laporan polis berhubung karikatur penghinaan semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memberitahu, pereka grafik itu diberkas kira-kira pukul 5 petang selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang semalam.

Katanya, Fahmi ditahan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 198.

“Siasatan masih dijalankan dan reman akan dipohon pagi ini mengikut prosedur Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi memudahkan proses siasatan,” katanya.

Jauteh sebelum ini memberitahu, lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI