fbpx

Kami dah sambut Tahun Baharu 2025 – rakyat Kiribati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita merakam gambar di hadapan papan tanda bercahaya 2025 di Seoul, Korea Selatan hari ini. - AFP

TARAWA, KIRIBATI – Kiribati menjadi negara pertama di dunia yang menyambut kedatangan Tahun Baharu 2025 sebentar tadi, lapor laman berita Business Today.

Kiribati ialah sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Pasifik, manakala pulau terbesarnya, Kiritimati, adalah tempat pertama yang memulakan tahun baharu 2025 pada pukul 7 malam (waktu Malaysia).

Penduduk Kiritimati menyambut Tahun Baharu dengan percikan bunga api, muzik dan sambutan yang penuh bersemangat.

Suasana meriah memenuhi pulau itu apabila penduduk tempatan membuat permulaan baharu tahun 2025, dengan menjadi yang pertama di dunia.

Selepas Kiribati, Kepulauan Chatham di New Zealand menyambut Tahun Baharu 2025, hanya 15 minit kemudian.

Ia diikuti oleh tanah besar New Zealand dan beberapa pulau Pasifik termasuk Tokelau dan Tonga. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI