fbpx

IPD baharu, naik taraf kuaters untuk polis Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD memeriksa perbarisan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini hari ini.

KANGAR – Polis Kontinjen Perlis komited memastikan keselesaan pegawai dan anggotanya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan keselamatan di negeri pada tahun 2025.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, beberapa usaha sedang dilaksanakan termasuk pembaikan kecil di kuarters anggota serta menaik taraf bangunan lama bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik.

“Polis kontinjen Perlis juga membuat permohonan logistik Bukit Aman supaya memberi bantuan dan perolehan diperlukan untuk memastikan fasiliti sedia ada diberi nafas baharu,” katanya semasa sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Polis Perlis di sini.

Tambah beliau, beberapa projek pembangunan baharu turut dirancang termasuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar yang kini dalam proses penyediaan pelan selain IPD Arau di Mata Ayer yang baharu serta penambahan kuarters kontinjen.

Katanya lagi, pelancaran pecah tanah IPD Padang Besar dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat pada tahun depan.

Tambahnya, kontinjen itu menggunakan peruntukan sebanyak RM20 juta setahun bagi memastikan keperluan operasi polis Perlis dapat dipenuhi selain memperkukuhkan hubungan dua hala dengan pihak berkuasa Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI