fbpx

Hospital Taiping cari waris Husnol Hotimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Hospital Taiping di sini mencari waris kepada mayat wanita yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital ini.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Khuzaini Abd. Karim berkata, wanita tersebut bernama Husnol Hotimah, 52, merupakan seorang warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

“Alamat terakhir wanita ini adalah di No 28, Tingkat Atas Stesen Bas Kamunting, 34600 Taiping, Perak.

“Sehubungan itu, pihak waris dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping atau menghubungi talian 05-8204000 (sambungan 8045) bagi urusan tuntutan mayat dan maklumat lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI