fbpx

Hari terakhir caruman Perkeso untuk Orang Bekerja Sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster dikongsikan oleh Perkeso berkenaan caruman OBS di bawah SKSPS.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) dialu-alukan merebut peluang terakhir hari ini dengan melindungi diri serendah RM23.30 di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Skim tersebut adalah melalui inisiatif Belanjawan 2024 disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“OBS hanya perlu carum 10 peratus sahaja daripada RM209.50, selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan.

“Layari dan daftar di prihatin.perkeso.gov.my, aplikasi Prihatin, Ejen Korporat Perkeso yang dilantik atau kunjungi Pejabat Perkeso untuk pendaftaran segera,” menurut hantaran Facebook rasmi Perkeso hari ini.

Berdasarkan poster yang dikongsikan, untuk tahun depan, pendaftaran bagi SKSPS adalah RM70 setahun dengan 70 peratus tanggungan kerajaan berbanding RM23.30 setahun bagi tahun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI