fbpx

Hanya 2 kakitangan Puspakom diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menerusi kenyataan menjelaskan, hanya dua kakitangannya yang terlibat dalam pengambilan keterangan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hari ini.

Tambah kenyataan itu, ia susulan terdapat beberapa laporan media yang menyatakan bahawa terdapat tiga kakitangan terlibat.

“Seorang Pengurus Wilayah Puspakom turut hadir bersama menemani mereka, namun beliau tidak terlibat dengan kes dilaporkan berikutan pemeriksaan mengejut JPJ di premis Puspakom semalam,” kata kenyataan itu.

Terdahulu media melaporkan, JPJ hari ini mengambil keterangan kakitangan Puspakom terlibat bagi membantu siasatan berhubung kelulusan pemeriksaan kenderaan tidak menepati piawaian ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI