fbpx

Guna kon, tayar terpakai dan tong cat untuk ‘cop parkir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL menyita pelbagai barang yang digunakan untuk 'cop parkir' di Jinjang Utara, Kepong semalam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita pelbagai barang termasuk kon, tayar terpakai dan tong cat yang digunakan untuk ‘cop parkir’ di sekitar kawasan Jinjang Utara, Kepong dekat sini semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, sitaan tersebut dilakukan Jabatan Penguatkuasaan DBKL bersama Pejabat Cawangan Batu melalui tindakan khas ke atas halangan petak parkir di kawasan berkenaan.

“Kon, tayar terpakai, tong cat dan pelbagai lagi barang yang dijadikan halangan pada petak parkir tersebut (cop parkir) telah dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua barangan dikenakan sita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” kata kenyataan itu hari ini.

DBKL berkata, tindakan dan pemantauan terhadap perbuatan ‘cop parkir’ akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Kata DBKL, orang ramai yang ingin membuat aduan boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/ – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI