fbpx

FAM lantik Rob Friend selaku CEO Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rob Friend bakal memulakan tugas selaku CEO pada bulan depan. - Gambar dan grafik ihsan FAM

PETALING JAYA – Persoalan mengenai individu ‘berpengaruh’ yang bakal bakal menerajui revolus Harimau Malaya akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kehadiran Robert Douglas Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM pagi tadi, Rob Friend yang juga bekas pemain profesiola dipilih menjadi ‘pemimpin’ utama dalam struktur organisasi baharu skuad kebangsaan bermula tahun 2025 nanti.

“Berasal dari Rosetown, Saskatchewan, Canada, Rob Friend yang bakal berusia 44 tahun pada 23 Januari depan hadir dengan portfolio hebat menerusi pembabitannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bola sepak selepas beliau bersara sebagai pemain pada Disember 2014.

“Rob Friend bermula sebagai rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah dari 2014 sehingga kini.

“Kemudian dari 2017 hingga 2021, beliau menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta (RM669 juta),” kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, Rob Friend beraksi pernah mewakili beberapa kelab ternama seperti pasukan Liga Norway, Moss FC dan Molde FK selain kelab Liga Jerman, Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt dan 1860 Munich serta kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy pada 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI