fbpx

EPL: City kembali temui cara menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berjaya menghapuskan badi apabila kembali mencatat kemenangan ketika menewaskan Leicester kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Selepas mengharungi lima aksi tanpa kemenangan, Manchester City akhirnya meraih tiga mata selepas menewaskan Leicester City 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power malam kelmarin.

Dua gol menerusi jaringan Savinho dan Erling Haaland pastinya memberi kelegaan kepada pengurus, Pep Guardiola yang berdepan tekanan cukup tinggi selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam 13 perlawanan sebelum ini.

Walaupun berjaya kembali ke landasan kemenangan, namun Guardiola tetap menganggap The Citizens sudah terkeluar daripada perebutan kejuaraan liga kerana sudah jauh ketinggalan dengan pendahulu, Liverpool.

“Saya harap permulaan tahun baharu membawa tuah untuk kami melakukan kebangkitan. Kemenangan ini tidak membuatkan kami seronok, tetapi sekurang-kurangnya ia memberi kelegaan buat saya dan pemain.

“Secara jujur, kami memang sudah jauh ketinggalan untuk memenangi Liga Perdana. Kami sudah menerima kenyataan tidak ada peluang (juara liga) tetapi masih ada pertandingan-pertandingan lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menganggap City perlu membawa masuk beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan musim sejuk nanti bagi mengatasi masalah kecederaan yang sedang melanda pasukan itu.

“Kami memerlukan ‘bantuan’ di beberapa posisi kerana ramai pemain utama yang mengalami kecederaan. Pasaran perpindahan sekarang tidak mudah kerana harga yang mahal, namun saya serahkan kepada kelab,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI