fbpx

Dua rakan didakwa merompak pelancong Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Amir Khalid/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap tiga individu termasuk seorang wanita warga Russia, dua minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu, penghantar barang, Muhammad Farhan Rosli, 30, dan penganggur Mohammad Safikri Edi Warman, 29, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Egusra Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa merompak seorang wanita warga Rusia, Ermashova Nataliya menyebabkan mangsa kerugian RM8,000 di Jalan Sejahtera, Wangsa Maju di sini pukul 6.15 petang pada 12 Disember lalu.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompak berkumpulan ke atas warga tempatan Muhammad Najmi Suhaimi, 25, yang menyebabkan mangsa kerugian RM1,500 di Jalan Tun Razak KL City Centre pada pukul 6.30 pagi pada 14 Disember lalu.

Sementara pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa merompak beg silang yang mengandungi pasport Amerika, wang tunai USD380, dua buah telefon bimbit milik seorang lelaki warga Vietnam, Truong Chung Phuc di Jalan Landak, Pudu di Dang Wang di sini pukul 7.15 pagi pada 14 Disember lalu.

Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin dan Siti Nursyuhada Abd Rauf manakala kedua-dua tertuduh peguam Charanpal Singh dan Aziz Hakimi Syah mewakili kedua-dua tertuduh.

Hakim Egusra kemudian tidak menetapkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh dan menetapkan 7 Februari depan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI