fbpx

Dr. Raja Subramaniam dilantik pakar SAB Pertubuhan Larangan Senjata Kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Dr. Raja Subramaniam dilantik sebagai Pakar dalam Scientific Advisory Board (SAB) bagi Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

Wisma Putra berkata, Dr. Raja memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Analisis Senjata Kimia daripada National Swedish Chemical, Biological, Radioactive and Nuclear (CBRN) Defence Research.

Beliau juga mempunyai lebih 23 tahun kepakaran khusus dalam hal yang berkaitan dengan senjata kimia dan merupakan seorang daripada tujuh pakar dari rantau Asia dalam SAB.

“SAB terdiri daripada 25 orang pakar dari kalangan Negara Anggota OPCW, yang berkhidmat atas kapasiti peribadi dalam memberikan nasihat khusus kepada Ketua Pengarah OPCW yang berpusat di The Hague.

“Ia adalah mengenai perkembangan saintifik dan teknologi yang berkaitan dengan pelaksanaan Konvensyen Senjata Kimia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata kenyataan itu hari ini.

SAB bersidang setahun sekali atau mengikut keperluan seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah OPCW.

Kenyataan itu berkata, beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK) di Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk penggal yang kedua.

“KLN merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah OPCW dan masyarakat antarabangsa atas kepercayaan mereka terhadap komitmen Malaysia dalam usaha-usaha global ke arah penghapusan senjata kimia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN