fbpx

Cuaca buruk landa Sarawak, Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa bahagian negeri Sabah dan Sarawak sehingga pukul 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Sabah melibatkan bahagian Kapit (Kapit).

Sementara itu, bagi negeri Sarawak pula, hujan lebat pagi ini tertumpu sekitar Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

MetMalaysia turut mengingatkan para penduduk di kawasan terlibat untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI