fbpx

Buruh maut, Proton Wira rempuh Isuzu DMAX keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira setelah terlibat kemalangan di KM 63, Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu berhampiran Chalok Kedai, Setiu semalam.

SETIU – Seorang buruh maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh kenderaan pikap, Isuzu Dmax yang dikatakan tiba-tiba keluar simpang rumah di Kilometer 63, Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu berhampiran Chalok Kedai di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohd. Fairul Azwa Ramli, 34, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Seorang lagi mangsa, Nor Azmi Daud, 46, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan pula cedera parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaku kejadian, kereta Proton Wira dipandu Mohd. Fairul Azwa dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari pusat bandar Permaisuri di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka dikatakan gagal mengelak lalu merempuh sebuah kenderaan pikap jenis Isuzu Dmax dipandu seorang tukang cat berusia 23 tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan pikap tersebut memasuki jalan besar secara mengejut dari simpang rumahnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI