fbpx

Budak 10 tahun mati lemas di kolam renang hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KEMAMAN – Keriangan seorang budak lelaki bercuti bersama keluarganya bertukar tragedi apabila dia maut akibat lemas ketika mandi di dalam kolam renang sebuah hotel di daerah ini semalam.

Mangsa yang lemas pada pukul 5.30 petang menghembuskan nafas terakhir selepas hampir tiga jam menerima rawatan di Hospital Kemaman di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kuantan, Pahang mendaftar masuk ke dalam hotel berkenaan bersama ahli keluarga pada pukul 3.30 petang.

“Mereka kemudiannya mandi di kolam renang tersebut kira-kira dua jam kemudian sebelum bapa mangsa berusia 47 tahun menyedari kehilangan mangsa.

“Pencarian tidak lama kemudian berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam renang berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 8.20 malam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI