fbpx

Barang kemas RM58 juta milik Shafira dikebas pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan berharga milik Shafira yang dilarikan. - Getty Images

LONDON –  Seorang pesohor media sosial bertaraf jutawan menjadi mangsa rompakan berprofil tinggi melibatkan pelbagai jenis barangan kemas bernilai £10.4 juta (RM58 juta), lapor akhbar The Sun UK semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Shafira Huang, merupakan pengumpul hasil seni dan duta budaya Galeri Halcyon di Bond Street London.

Shafira dan keluarganya menawarkan ganjaran lumayan kepada individu yang mempunyai maklumat mengenai rompakan itu atau memulangkan barang kemas yang dicuri.

Suspek dipercayai melakukan rompakan secara bersendirian dengan memecah masuk rumah keluarga Shafira di Primrose Hill, London Utara  di antara pukul 5 petang hingga 5.30 petang (waktu tempatan) pada 7 Disember lalu.

Pencuri turut melarikan beg tangan Hermes kulit buaya bernilai £150,000 (RM840,000) dan wang tunai  £15,000 (RM84,000).

Detektif Konstabel Paulo Roberts berkata: “Suspek mencuri barang kemas bernilai £10.4 juta, kebanyakannya mempunyai nilai sentimental dan unik bentuknya. Justeru, ia mudah dikenali.”

Shafira dan keluarganya menawarkan ganjaran £500,000 (RM2.8 juta) kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tepat mengenai rompakan tersebut.

Mereka juga menawarkan ganjaran 10 peratus daripada nilai barangan curi yang ditemui semula, bersamaan  £1 juta (RM5.6 juta). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI