fbpx

[VIDEO] Asrama Maahad Tahfiz Al-Johari terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asrama pusat tahfiz di Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat terbakar pagi tadi.

PETALING JAYA – Dianggarkan 70 peratus blok asrama Maahad Tahfiz Al Johari, Parit Raja di Batu Pahat, Johor musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Nasrul Rahman berkata, seramai 23 anggota dari tiga balai termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penggaram, dan Rengit, dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.35 pagi.

Menurut Nasrul, operasi diketuai Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Shamin Mohamed Salikin yang juga Komander Operasi Kanan dan Penguasa Kanan Bomba, Siti Hajar Sanusi.

“Kebakaran melibatkan kawasan seluas 30 meter panjang dan sembilan meter lebar hangus hampir 70 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan. Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.18 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.50 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI