fbpx

Anita Sarawak berjaya dijejaki, pilih hidup privasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGHIBUR tersohor, Anita Sarawak kini sudah bersara daripada dunia hiburan dan hidup tenang bersama suaminya, Mahathir di Las Vegas, Amerika Syarikat

PETALING JAYA – Selepas sekian lama menghilangkan diri, penyanyi veteran Anita Sarawak, 72, akhirnya berjaya dijejaki.

Menerusi perkongsian bekas editor hiburan Roslen Fadzil dalam Instagram, dia memaklumkan  perkembangan terbaharu Anita atau lebih mesra disapa Kak Nita berserta foto terkini.

Menurut Roslen, dia cuba menjejaki penghibur yang popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti itu menerusi adik angkatnya iaitu bekas wartawan yang dikenali sebagai Shuib Taib.

“Oktober lalu saya diminta membantu seorang promoter konsert untuk mendapatkan Anita Sarawak yang kini menetap di Amerika Syarikat kerana dia berhasrat menganjurkan sebuah konsert mega tribute buat komposer legenda, Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Lumpur sekitar 2025.

“Anita salah seorang bintang handalan yang tersenarai dalam kertas cadangan untuk beraksi dalam konsert tersebut bersama ramai lagi penghibur yang pernah digilap oleh Adnan.

“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkatnya iaitu Shuib Taib untuk menghubungi Anita dan suaminya, Abang Mahathir di Las Vegas dengan harapan mereka akan bersetuju,” tulisnya.

Dengan bantuan Shuib, akhirnya Anita berjaya dijejaki dan mendapat jawapan balas daripada suaminya.

Menurut Mahathir, Anita kini sudah bersara daripada dunia nyanyian dan selesa menikmati hidup privasi.

“Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. Apabila saya maklumkan kepada Anita tentang konsert tribute itu, dia berasa begitu sedih mengenangkan waktu yang pernah dikongsikan bersama Adnan yang merupakan salah seorang penerbit terbaik sepanjang zaman. Sampaikan salam kami kepada keluarga Adnan.

“Berhubung undangan persembahan itu, Kak Nita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan terhadapnya. Bagaimanapun, seperti yang diketahui, Kak Nita sudah pun bersara dan ke arah kehidupan yang berbeza. Lebih privasi dan selesa dengan situasi sekarang. Jadi mohon sampaikan kemaafan kami kepada pihak penganjur dan kami amat menghargai segala tanda ingatan,” kata Mahathir kepada Shuib.

Terdahulu, usaha menjejaki Anita menemui jalan buntu sejak penyanyi yang juga kakak kepada Noorkumalasari itu meninggalkan Malaysia sekitar 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI