fbpx

Andalusia sasar 1 juta peserta kempen JIMBA, tawar hadiah RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Daud (kanan) dan Ida Riswana ketika melancarkan platform jimba.com.my dan Pakej Umrah Andalusia 1447H, malam ini.

KUALA LUMPUR – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. menyasarkan 1 juta penyertaan umat Islam setiap tahun menerusi kempen JIMBA 2025 di platform jimba.com.my yang baharu dilancarkan, malam ini.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata, peserta yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua buah motosikal.

Katanya, cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu bermula esok sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.

“JIMBA 2025 bertemakan ‘Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia’ ini dicipta bagi membolehkan Andalusia masuk ke dalam komuniti. Kerana itu peluang menang cabutan tidak dihadkan untuk pelanggan kami sahaja, tetapi seluruh umat Islam Malaysia.

“Hadiah yang ditawarkan cukup menarik antaranya tiga hadiah utama iaitu sebuah kereta BYD Sealion 7, dua buah motosikal, pakej umrah dan pelancongan serta peralatan elektrik,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran jimba.com.my dan Pakej Umrah Andalusia 1447H, di sini hari ini.

Bagi Pakej Umrah Andalusia 1447H pula katanya, ia menjanjikan pakej yang lebih dinamik selain menepati keperluan peserta yang berbeza-beza.

“Ada sedikit kelainan yang mana Andalusia menawarkan apa orang ramai perlukan sebab ada peserta mahu ke Tanah Suci dalam waktu singkat, ada pula yang tidak perlukan pakej makanan selain tidak memerlukan fasiliti tertentu.

“Jadi kami tawarkan harga pakej lebih kurang sama ketika sebelum pandemik Covid-19 iaitu serendah RM5,990 berbanding RM6,390 sebelum ini supaya lebih ramai boleh pergi menunaikan umrah.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, kewujudan jimba.com.my juga mampu mengelakkan orang ramai terpedaya dengan tawaran yang diiklankan scammer.

“Kita nak lenyapkan urusan-urusan penipuan scammer dalam urusan umrah ini menerusi program yang kita wujudkan ini.

“Carilah pihak berlesen, berautoriti dan diyakini pengurusan dan kebajikan jemaahnya terpelihara serta bimbingan sempurna. Jangan sebab nak kejar harga yang terlalu murah, sampai diri tertipu. Kami tawarkan harga sederhana sama seperti yang diwar-warkan sebelum ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI