fbpx

5 tahun diharamkan daki gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan pendaki tersebut dikenakan larangan mendaki selama lima tahun. - Tribunnews

JAKARTA – Sekumpulan pendaki gunung di Indonesia dikenakan sekatan pendakian selama lima tahun selepas meninggalkan seorang rakan mereka ketika mangsa diserang hipotermia, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Gunung Slamet melalui trek Permadi Guci di Tegal, wilayah Jawa Tengah.

Menurut Ketua Bahagian Kembara Permadi Guci, Faisal, insiden itu berlaku pada 23 Disember lalu dan baru kini menjadi tular setelah kisah mengenainya dikongsikan di media sosial.

Ujarnya, kumpulan tersebut melakukan pendakian seharian tanpa berkhemah di hutan.

Namun, ketika mendaki, salah seorang ahli kumpulan mengalami hipotermia dan tidak dapat meneruskan pendakiannya.

Tujuh pendaki lain kemudian memutuskan untuk meninggalkan mangsa keseorangan dan meneruskan pendakian mereka ke puncak.

Mangsa yang terbaring di tengah trek kemudian ditemani seorang pendaki lain yang bukan daripada kumpulan sama.

Menurut Faisal, pihak pengurusan gunung menerima laporan daripada pendaki lain yang baru turun ke kem pangkalan bahawa terdapat individu mengalami hipotermia sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).

Anggota kecemasan kemudian memulakan misi membawa turun mangsa ke kem pangkalan.

Selepas disoal, ahli kumpulan berkenaan berkata, mereka meninggalkan mangsa bersama pendaki lain ketika meneruskan pendakian ke puncak.

Mereka bagaimanapun tetap dikenakan sekatan pendakian Gunung Slamet selama lima tahun melalui trek Permadi Guci.

“Keputusan itu bersesuaian dengan peraturan kem pangkalan Permadi Guci. Ketika mendaki ke Gunung Slamet, pendaki dilarangan meninggalkan ahli kumpulan walau apa pun keadaan mereka,” kata Faisal. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI