fbpx

15 terkorban nahas jalan raya seluruh negara semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang remuk setelah berlanggar dengan treler di Jalan Pan Borneo Bukit Song, Miri semalam. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebanyak 15 kematian direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, JSPT memaklumkan, angka tersebut adalah daripada 1,853 kemalangan jalan raya yang direkodkan semalam.

Menurut JSPT, jumlah itu juga mencatat peningkatan kes kemalangan sebanyak 481 kes berbanding hari sebelumnya iatu 1,372 kes.

“Jumlah kematian juga meningkat sebanyak satu kes berbanding hari sebelumnya (14 kes),”tulis JSPT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI