fbpx

Tilik tarikh hamil, wanita TTC ‘berkampung’ dengan bidan TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai wanita yang berdepan dengan kesukaran untuk hamil dan sedang berusaha (TTC) memenuhi ruang komen siaran langsung (live) TikTok beberapa individu bagi memohon bantuan menilik bilakah mereka akan mengandung.

Menerusi tinjauan Kosmo! di TikTok, beberapa individu mendakwa mempunyai kepakaran sebagai bidan yang boleh mambantu meramalkan tarikh sesuai pelanggan wanita mereka mengandung.

Bayaran yang dikenakan adalah pelanggan perlu memberikan hadiah (gift) sekurangnya-kurangnya 70 ‘coins’ bersaman sekitar RM4.70 semasa siaran langsung tersebut berjalan dan kemudian meninggalkan nama serta tahun kelahiran di ruangan komen.

‘Bidan’ tersebut kemudiannya akan membaca nama dan menetapkan satu tarikh sebagai ramalan buat pelanggan mereka mengandung.

“Nani, awak akan mengandung 2 Februari 2025, harap awak sentiasa usaha, jangan putus asa,” kata ‘bidan’ tersebut.

Selain itu, ada juga beberapa wanita meminta bantuan ‘bidan’ terbabit untuk melihat sama ada mereka sedang mengandung atau sebaliknya kerana sudah beberapa hari sehingga berbulan tidak mengalami haid.

“Saya Aliya, sudah sebulan lewat haid tapi takut nak buat ujian, takut kecewa sebab sudah lima tahun menanti anak sulung, saya mengandung kah?,” soalnya.

“Awak belum mengandung, tapi ada sesuatu yang menumpang yang ganggu awak untuk hamil, lebih baik rawat segera seperti disihir,” balas ‘bidan’ terbabit.

‘Bidan’ itu turut menawarkan bantuan untuk mengubati wanita yang sedang ‘diganggu’ atau disihir dengan syarat pelanggan perlu memberikan hadiah dengan niali lebih tinggi iaitu sekurang-kurangnya 800 ‘coins’ bersamaan sekitar RM50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI